Thursday, 13 December 2012

Johor

Johor
Bendera Johor




Prasejarah

Sebelum kedatangan Barat

Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Majapahit|Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.

Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan Abad ke-17|ke-17 mengalami perjuangan pewarisan yang berturut-turutan. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada 1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.

Johor Moden

Semasa Sir Stamford Raffles tiba di Singapura pada 1818, pulau itu ditadbir oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Hussein, abang sulung Sultan Abdul Rahman, telah digugurkan sebagai sultan kerana tidak berada di sisi ayahandanya semasa kemangkatan. Raffles mengambil kesempatan dalam keadaan ini untuk menyokong Tengku Hussein menjadi sultan dan sebagai ganti, satu perjanjian dimeterai pada 6 Februari 1819 yang mana Tengku Hussein menyewa Singapura kepada pihak British untuk pembukaan pelabuhan di Singapura. 

Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim. Temenggung Ibrahim membuka Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. 

Pada tahun 1866, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim|Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden".

Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar terpaksa menerima seorang Penasihat British. Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab terhadap pertahanan Johor dikalahkan oleh tentera Jepun yang kemudian menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada ''Malayan Union''.

Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan ''Malayan Union'' dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor menjadi salah sebuah daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.

Pelancongan di Negeri Johor

Air terjun & pantai
*Air terjun Kota Tinggi
*Pantai Desaru


Gunung
*Gunung Ledang
*Gunung Pulai
*Gunung Sumalayang


Taman Negara
*Taman Negara Endau-Rompin
*Taman Negara Gunung Ledang
*Taman Negara Tanjung Piai
*Taman Negara Pulau Kukup
*Taman Negara Johor Kepulauan Mersing


Lain-lain
* Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
* Dataran Bandaraya
* Taman Rekreasi Tampok




No comments:

Post a Comment