Thursday, 13 December 2012

Melaka

Melaka
Bendera Melaka




Prasejarah

Kesultanan Melaka 
Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Kesultanan Melaka#Parameswara|Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun  1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugal|Portugis pada tahun 1511.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Kesultanan Melaka#Sultan Mansur Shah|Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Thailand|Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.

Kesultanan Melaka#Sultan Mahmud Shah|Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).


Pemerintahan penjajah
Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak Britain|British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.

Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris|V.O.C. (''British East India Company''), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (''Straits Settlement''), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.

Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada ''Malayan Union'' yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun [[1963]].

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad


Pelancongan di Negeri Melaka

Bangunan bersejarah
# Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
# Istana Kesultanan Melayu Melaka
# Masjid Peringgit 
# Masjid Tengkera
# Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka 
# Bangunan Stadthuys

Tapak bersejarah
# Makam Hang Tuah
# Makam Tun Teja
# Perkuburan Belanda
# Makam Hang Jebat
# Makam Hang Kasturi
# Perigi Hang Li Poh
# Makam Sultan Hussein
# Perigi Hang Tuah
# Perigi Raja
# Kota Kuala Linggi
# A Famosa
# Kota St. John

Tempat agama
# Masjid Kampung Hulu
# Masjid Tengkera
# Masjid Tanah
# Masjid Kampung Kling
# Masjid Al-Azim
# Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi
# Kuil Sam Po Kong
# Kuil Hang Li Poh
# Kuil Cheng Hoon Teng Temple
# Gereja Christ
# Gereja St. Francis Xavier
# Gereja St. Paul
# Gereja St. Peter

Tempat bersejarah 
# Melaka Pindah
# Kampung Tedong
# Porta De Santiago
# Persiaran Jonker - Jonker Walk
# Villa Sentosa
# Tanjong Tuan
# Kota St. John
# Dataran Portugis
# Kampung Chitty
# Masjid Selat
# Kampung Semabok

Muzium di Melaka
# Muzium Pemerintahan Demokrasi
# Muzium Tuan Yang Terutama
# Muzium Islam Melaka
# Istana Kesultanan Melaka
# Muzium Sejarah dan Ethnografl
# Galeri Laksamana Cheng Ho 
# Muzium Sastera
# Muzium Belia Malaysia
# Galeri Seni PERZIM
# Muzium Rakyat
# Muzium Kecantikan
# Galeri Layang-layang
# Muzium Samudera
# Muzium Samudera Fasa II
# Muzium TLDM 
# Muzium UMNO
# Kapal Ex-KD Sri Terengganu
# Muzium Orang Asli, Ayer Keroh
# Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah 
# Muzium Pertanian, Jasin
# Muzium Laut
# Muzium Warisan Baba dan Nyonya
# Muzium Pulau Besar
# Muzium Setem Melaka

Tempat Menarik di Ayer Keroh
# Taman Mini Malaysia
# Taman Mini Asean
# Zoo Melaka
# Taman Burung
# Hutan Rekreasi Ayer Keroh
# Taman Buaya
# Dataran Sejarah
# Taman Budaya Melaka
# Muzium Orang Asli
# Taman Ular dan Reptilia
# Tasik Ayer Keroh
# Auyin Hill Resort
# Taman Rama-rama

Pantai dan Pulau
# Pantai Klebang
# Pantai Tanjung Bidara
# Pantai Puteri
# Pantai Pengkalan Balak
# Pantai Kundor
# Pulau Besar
# Pulau Upeh

Tanah tinggi
# Bukit Cina
# Bukit Senjuang
# Bukit Asahan

No comments:

Post a Comment