Penang

Bendera Pulau Pinang




Prasejarah
Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, dipajak kepada Syarikat Hindia-Timur British (''British East India Company'') pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos] 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai ''Pulau Prince of Wales'' untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak  6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (''Province Wellesley'') pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Negeri Selat|Kawasan Penempatan Selat (''Straits Settlements'') di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.



Perbandaran
Georgetown adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown pernah menjadi salah sebuah bandaraya yang terdapat di Malaysia. Bandar-bandar satelit Georgetown adalah seperti Air Itam, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah . Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang ; Butterworth ,Kepala Batas , Bukit Mertajam , dan Batu Kawan di Seberang Perai ; Sungai Petani dan Kulim di Kedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak. Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, dalam proses penstrukturan semula pada 1976, Majlis Bandaraya George Town telah digabungkan dengan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang menjadi Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Oleh itu, walaupun status bandaraya tidak ditarik balik secara rasmi (melalui pindaan undang-undang), kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri beranggapan bahawa George Town bukanlah sebuah bandaraya. Kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 telah mengusulkan untuk menjadikan Georgettown sebagai sebuah bandaraya secara rasmi, namun masih belum ada kata putus. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown. Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

Pelancongan di Negeri Pulau Pinang

Pantai
* Batu Feringgi
* Pantai Monyet
* Pantai Kerachut
* Tanjong Bungah

Bukit
* Bukit Bendera

Hutan Lipur
* Hutan Lipur Cherok To'Kun
* Hutan Lipur Bukit Panchor

Lain-lain
* Kota Cornwallis
* Meriam Sri Rambai
* Menara Jam Peringatan Victoria
* Rumah Kongsi Suku Khoo
* Kuil Taoist Dewa Mercy, Pulau Pinang
* Gereja St George, Anglican, Pulau Pinang
* Kuil Hindu Maha Mariamman
* Masjid Kapitan Kling
* Menara KOMTAR
* Kuil Kek Lok Si
* Kuil Ular
* Empangan Mengkuang
* Air Hitam Dalam
* Ampang Jajar Sungai Krian
* Pulau Aman
* Taman Rekreasi Taman Robina
* Taman Bandar, Ampang Jajar
* Taman Burung
* Perkampungan Tradisional(Pulau Pinang)
* Pusat Pelawat "Explore Balik Pulau"

1 comment:

  1. Blog Cikgu Yoon yang cantik dan menarik.
    Maklumat yang berkongsi juga sempurna.
    Kambateh!

    ReplyDelete